Wednesday, October 4, 2017

Wednesday, February 1, 2017

Hi - Tea & Sukaneka Komander Shark Squad


Sabtu, 21 Januari 2017 - Seramai 22 orang komander daripada UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu telah mengikuti acara Hi - Tea & Sukaneka Komander Shark Squad yang diadakan di UiTM(T) Kampus Rekreasi Bukit Besi (KRBB) anjuran Komander Shark Squad Bukit Besi. Acara ini disertai oleh komander Kesatria Negara, komander Kesatria Kembara, komander BPC, komander Kesatria Bomba dan Kor SISPA daripada ketiga - tiga kampus UiTM Terengganu iaitu Kampus Dungun, Kampus Rekreasi Bukit Besi dan Kampus Kuala Terengganu. Acara ini diadakan di Dewan Perak bermula pada pukul 2 petang dengan ucapan alu - aluan daripada ketua projek iaitu Komander Rendah Muda, Fazlaili Binti Nuzol Azam, komander Kesatria Negara dari Kampus Rekreasi Bukit Besi. Seterusnya, acara diteruskan lagi dengan perasmian oleh Dr Sarifah Fauziah Binti Syed Draman, Penolong Rektor UiTM(T) Kampus Rekreasi Bukit Besi. Selepas jamuan minum petang, acara diteruskan dengan sukaneka komander. Antara permainan yang diadakan adalah seperti balloon rush, skipping & water frenzy. Walaupun hujan turun dengan lebatnya, semua aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya dan tamat pada pukul 6:30 petang. Terima kasih kepada Komander Shark Squad Bukit Besi kerana telah menjemput kami. Pelbagai objektif yang dapat kita perolehi daripada acara ini. Antaranya ialah dapat berkenalan dan merapatkan ukhuwah antara komander daripada ketiga - tiga kampus, melahirkan komander yang berdaya saing dan meningkatkan kerjasama antara komander. Semoga pelbagai lagi acara yang mengabungkan ketiga - tiga kampus UiTM Terengganu dapat dijalankan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan antara para komander.

__________________________________________
STRONG ALONE, STRONGER TOGETHER!

____________________________________

Friday, January 27, 2017

MPK SESI DISEMBER 2016 - APRIL 2017

Barisan Majlis Perwakilan Komander UiTM(T) Kampus Kuala Terengganu bersama Tuan Wan Mohd Syafiq bin Wan Mohamed Sabri, Penolong Kanan Kokurikulum.